Tiada lesen, peniaga barang lusuh berdepan saman

 

Pasukan Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Mukah semasa menjalankan pemeriksaan ke atas premis membeli dan menjual barangan lusuh tanpa lesen di Jalan Bukut Ulu Balingian. Gambar kredit IPD Mukah

MUKAH—Sebuah premis yang membeli dan menjual barangan lusuh di sini bakal dikenakan tindakan saman kerana tidak mempunyai lesen operasi yang sah.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah berkata, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Mukah telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis berkenaan di Jalan Bukut Ulu Balingian pada jam 10.30 pagi semalam.


Katanya, semasa OP Lusuh yang diketuai Inspektor Ebeni Mohamad itu, seorang lelaki yang mengaku sebagai pembantu pemilik premis turut ditahan.

“Pemeriksaan awal mendapati premis berkenaan beroperasi tanpa lesen sah.”

“Sehubungan itu pembantu premis kemudian diarahkan hadir ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Mukah bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini,

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Peniaga Sekendhend 1946 (Akta 189).
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.