KPK Bintulu juara Pertandingan Mini Paintball 2022

Pemain Kelab Paintball Kidurong Bintulu melakukan serangan dalam Pertandingan Mini Paintball 2022.

SIBURAN—Kelab Paintball Kidurong (KPK) dari Bintulu menjuarai pertandingan Pertandingan Mini Paintball 2022 yang berlangsung di Kelab Paintball Mambong (KPM) baru-baru ini.

Pertandingan yang mengikut format liga ini telah menarik minat seramai 80 pemain paintball di seluruh Sarawak dengan empat pasukan dari Bintulu berjaya merangkul empat tempat teratas. 


Pertandingan yang disertai oleh sembilan pasukan itu pertama kali diadakan semula setelah lama tergendala akibat penularan pandemik COVID-19.

Pengurus pasukan, Johnson Lee berkata pertandingan kali ini merupakan sesi pemanas badan kepada pemain KPK.


“Ini kerana pada awal Mac ini KPK akan menyertai pertandingan di Kota Kinabalu, Sabah.”

“Kami berharap tuah Tahun Harimau akan memberikan kemenangan kepada pasukan kami,” katanya.

Johnson menambah, pertandingan ini memberi peluang kepada pemain-pemain di seluruh negeri bermain sebagai satu pasukan.


Mengenai pertandingan di anjuran Kelab Paintball Mambong, beliau menambah ia adalah permainan yang pertama selepas dua tahun menyepi berikutan COVID-19.

Selain KPK, pasukan yang mengambil bahagian ialah JOROS, Bad Company, Guiness Hunters, Annx, Xbox, Nsix, Saberkas, KPS dan BLA.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pemilik Kelab Paintball Mambong, Morshidi Abdullah yang bermurah hati membenarkan padang mereka digunakan untuk kejohanan kali ini.

Katanya, KPK Bintulu dan KP Mambong merupakan kelab berlesen untuk aktiviti paintball di Sarawak.

Sukan ini juga boleh dikategorikan sebagai sukan ekstrem kerana sukan ini memerlukan kepantasan, strategi dan fokus untuk mengalahkan pasukan lawan.
Next Post Previous Post