Sarawak mahu bina kampung sukan futuristik

Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tiga kanan) semasa Majlis Malam Penghargaan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak di sini malam tadi. Gambar kredit UKAS

KUCHING-- Kerajaan Sarawak bercadang mewujudkan sebuah kampung sukan yang berciri futuristik dalam usahanya untuk meningkatkan lagi pencapaian para atletnya di peringkat antarabangsa.

Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kampung sukan yang dicadangkan itu akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden yang canggih untuk melatih para atlet.

“Kajian bagi perancangan itu sudah dibuat dengan mengambil negara New Zealand sebagai contoh dan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah telah ke sana untuk melihat kualiti kemudahan sukan mereka,” katanya.

 

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Malam Penghargaan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak di sini.

Dalam perkembangan lain Abang Johari meminta kementerian itu untuk menekankan penglibatan belia dalam ekonomi digital dalam merancang program pembangunan keusahawanannya.

“Kita nak lahirkan usahawan dalam kalangan belia yang kita boleh latih setimpal dengan era baharu iaitu era pendigitalan,” katanya.

-- BERNAMA
Next Post Previous Post