Takaful Malaysia raih untung lebih tinggi
Hasil meningkat kepada RM3.18 bilion daripada RM2.96 bilion sebelumnya, dipacu oleh jualan yang lebih tinggi daripada perniagaan takaful keluarga dan takaful am.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, pembekal insurans itu berkata, caruman pendapatan kasar perniagaan takaful keluarga meningkat sehingga RM1.88 bilion pada TK2021 daripada RM1.76 bilion pada Tahun Kewangan 2020 disebabkan jualan yang lebih tinggi daripada produk berkaitan kredit.
Sementara itu, perniagaan takaful am mencatatkan kenaikan 16 peratus dalam caruman perolehan kasar kepada RM8.78 bilion pada Tahun Kewangan 2021 daripada RM7.56 bilion dalam Tahun Kewangan 2020, disumbang daripada kelas motor, kebakaran dan kejuruteraan.
Mengenai prospek, Takaful Malaysia berkata kumpulan akan terus memanfaatkan perkongsian bancatakaful strategik bersama institusi kewangan Islam terkemuka dengan memperkenalkan produk simpanan dan perlindungan baharu.
“Syarikat akan terus memanfaatkan kedudukan sebagai peneraju pasaran dalam produk sumbangan tunggal sambil menumpukan pada produk sumbangan tetap runcit untuk pasaran runcit melalui saluran bancatakaful dan pengedaran digital bagi mempelbagaikan lagi portfolio perniagaan.
“Kami akan terus menerima teknologi digital baharu dalam menyokong pertumbuhan masa depan, dan memperhebatkan lagi pemasaran penyelesaian perlindungan takaful kami dalam talian yang berpatutan dan inovatif, serta mengukuhkan dan meneroka perkongsian bersama pelbagai rakan kongsi dengan asas pelanggan yang besar untuk memasarkan produk perlindungan asas,” tambahnya.
-- BERNAMA
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.