SUHAKAM minta kerajaan negeri dan persekutuan tangani isu kewarganegaraan

Prof Datuk Dr Madeline Berma

LIMBANG: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Sarawak meminta kerajaan negeri dan persekutuan untuk mempercepatkan sekali gus menangani masalah ketiadaan dokumen kewarganegaraan yang masih banyak dihadapi kanak-kanak di negeri ini. 

Pesuruhjaya SUHAKAM Sarawak Dato Profesor Dr Madeline Berma berkata kerajaan negeri dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu segera bertindak dalam menyelesaikan isu kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri di negeri ini. 

Katanya SUHAKAM amat menghargai usaha yang telah dan sedang dijalankan oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu kerakyatan di Sarawak. 

“SUHAKAM mensyorkan di bawah Jawatankuasa Khas Kewarganegaraan ini untuk membantu dan menyelesaikan masalah ini terutama membabitkan kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen rasmi kerana ianya akan menjejaskan masa depan mereka dari segi pendidikan dan kerjaya.

“Ini adalah isu kerakyatan dan di Malaysia isu kerakyatan dikaitkan dengan keselamatan,”katanya ketika dihubungi Borneo Network hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kisah pelajar pintar Nicole Marsia Mohamad Peri, dari Limbang yang masih belum memiliki kad pengenalan meskipun sudah beberapa kali memohon seperti yang didedahkan Borneo Network dan menjadi tular semalam. 

Malah usaha Nicole Maria untuk mendapatkan kad pengenalan semakin sukar apabila berusia 18 tahun Ogos ini sekaligus membataskan impiannya untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. 

Dr Madeline menjelaskan lagi ibubapa tidak boleh tunggu anak-anak mereka mencecah usia 18 tahun untuk mendapatkan kad pengenalan. 

“SUHAKAM sangat prihatin dan memandang berat mengenai isu kewarganegara yang dihadapi kanak-kanak di Sarawak,”ujar beliau.
Katanya lagi ibubapa yang berdepan isu sama perlu membawa isu berkenaan kè peringkat kerajaan negeri untuk tindakan di bawah jawatankuasa terbabit. 

“Pada masa sama mereka boleh datang ke pejabat SUHAKAM di Bangunan Tun Jugah Kuching dan kita boleh membawa kes tersebut untuk membantu mereka dan penyelesaian hanya dibuat pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan KDN,”katanya lagi. 

Sementara itu jelasnya ibu bapa perlu meningkatkan kesedaran terhadap isu kerakyatan anak-anak mereka termasuk kanak-kanak yang dilahirkan di pendalaman dan belum mendaftar kelahiran mereka.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.