Sembunyi dadah dalam straw merah jambu, dua diberkas
Suspek dan straw yang berisi serbuk kristal dipercayai dadah. Gambar kredit PDRM Mukah |
Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah berkata, kedua-dua suspek berusia 42 dan 44 tahun itu ditahan dalam serbuan sekitar jam 8 malam.
“Polis menemui satu tiub straw lutsinar berwarna merah jambu berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine seberat 0.40 gram.”
"Dadah terbabit kemudiannya dirampas sebagai bahan bukti kes manakala kedua-dua suspek turut ditahan dan dibawa ke Lokap Balai Polis Mukah bagi membantu siasatan," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Ujian air kencing yang dijalankan ke atas mereka mengesahkan kedua-dua positif mengambil dadah jenis Methamphetamine.
Kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.