Syabu untuk pasaran Limbang dirampas

Dadah untuk pasaran Limbang dirampas

LIMBANG— Polis Limbang berjaya merampas dadah jenis syabu dipercayai bagi tujuan pasaran tempatan dalam Ops Tapis di sekitar bandar ini.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot berkata, syabu seberat 10.90 gram bernilai RM 1,150 dirampas manakala dua suspek berusia 20-an dan 30-an ditahan kerana mempunyai kaitan dengan dadah itu.

“Kedua-dua suspek yang merupakan penganggur akan disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.”

“Manakala seorang suspek berusia 20-an disiasat di bawah Seksyen Seksyen 12 (2) mengikut akta sama kerana memiliki syabu seberat 0.20 gram,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Tambah beliau, siasatan awal mendapati bekalan dadah yang dirampas untuk pasaran di sekitar Limbang.

Terdahulu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang diketuai ASP S.Robert Santhanam melakukan Op Tapis Khas membabitkan kawasan Jalan Kubong, Jalan Pandaruan dan Kawasan Bukit Hitam dekat sini.


“Operasi bermula pada 23 Februari hingga 25 Februari itu turut menahan 16 individu berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun.”

“Saringan air kencing ke atas mereka mendapati positif dadah dan suspek akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(a) akta yang sama,” katanya.

Beliau menambah, IPD Limbang akan meneruskan operasi melibatkan aset-aset Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara maksima.

“Orang awam perlu bekerjasama dengan polis dan penguatkuasa dalam menyalurkan maklumat bagi menangani masalah penyalahgunaan dadah di sini,”kata beliau.
Next Post Previous Post