PRN Johor boleh diteruskan - khairy


PUTRAJAYA— Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor boleh diteruskan susulan jangkitan varian Omicron COVID-19 terbukti hanya menyebabkan gejala ringan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata syor bagi prosedur operasi standard (SOP) PRN itu telah dimuktamadkan dan telah dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Pendirian KKM adalah, memandangkan Omicron, setakat ini tidak menunjukkan kesan teruk seperti (varian) Delta maka pilihan raya negeri boleh diteruskan,” katanya dalam sidang media perkembangan situasi COVID-19 di sini hari ini.

Khairy berkata SOP PRN Johor akan diumumkan kelak.

Pada 22 Jan lepas, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) bagi memberi laluan kepada PRN untuk diadakan.

SPR dijangka bermesyuarat dan mengumumkan tarikh PRN Johor Rabu ini.

- Bernama
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.