COVID-19: Sarawak terus catat trend peningkatan kes baharu

Foto Ihsan UKAS

KUCHING— Jumlah jangkitan baharu COVID-19 di Sarawak terus menyaksikan trend peningkatan ketara apabila 84 kes dicatatkan hari ini berbanding 58 yang dicatatkan semalam.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan berkata 83 daripada kes baharu ini melibatkan pesakit tidak bergejala atau bergejala ringan, manakala satu kes lagi melibatkan jangkitan paru-paru.

Sebanyak 45 kes dilaporkan di daerah Kuching, diikuti Sibu dengan 20 kes, Miri (sembilan), Serian (empat), Song (tiga), Bintulu (dua) dan Samarahan (satu), tiada kes baharu dilaporkan di 33 daerah lain di Sarawak.

Penambahan kes yang direkodkan hari ini telah menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Sarawak kini adalah 252,087.

-- BERNAMA
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.