Pikap terbabas bunuh 4 sekeluarga
Gambar kredit Bomba KL |
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini memaklumkan mangsa dikenali sebagai P. Milan Damani, 32, isterinya C.Tinisha, 31 dan dua anak mereka Rihaan Ivaan Damani (4) dan Ishaan Ivaan Damani (3).
"Kemalangan berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mangsa, yang menghala ke bangunan Parlimen, bertembung dengan sebuah pacuan empat roda yang hilang kawalan, sebelum memasuki laluan bertentangan.
“Keempat-empat mangsa meninggal dunia akibat rempuhan itu manakala pemandu pacuan empat roda berkenaan cedera ringan," menurut kenyataan itu.
Menurut JBPM Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.52 pagi sebelum dua jentera dan sebuah ambulans, berserta 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa dan Sri Hartamas, dikejarkan ke tempat kejadian.
“Kerja-kerja mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam MPV mengambil masa kira-kira sejam dan (mayat) kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.