Hampir 400 pelancong terkandas di Pulau Perhentian
Gambar tangkap layar daripada video pemilik Twitter Amigul Agim, salah seorang pengunjung yang terkandas di pusat pelancongan itu. |
Presiden Persatuan Premis Penginapan Pulau Perhentian Abdul Aziz Che Abdullah berkata keadaan laut bergelora dan angin kencang menyebabkan operasi perkhidmatan bot di pulau peranginan itu terpaksa dihentikan.
“Pelancong-pelancong tersebut menginap di 19 hotel dan resort di Pulau Perhentian. Mereka terdiri daripada pelancong dari dalam dan luar Terengganu. Alhamdulillah keadaan mereka semuanya selamat dan baik,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata sekiranya mendapat kebenaran daripada Jabatan Laut Malaysia, pelancong terbabit berkemungkinan besar akan dibawa pulang esok memandangkan cuaca di Pulau Perhentian beransur baik hari ini.
“Kita amat bergantung kepada keadaan cuaca. Kalau keadaan kekal begini, kemungkinan besar esok mereka boleh pulang sekiranya Jabatan Laut Malaysia memberi lampu hijau.
“Jika keadaan memaksa, mungkin kita akan minta kapal-kapal besar daripada maritim (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) ataupun daripada polis marin untuk membawa pelancong keluar dari pulau ini,” katanya.
-- BERNAMA
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.