Mangut karam lagi
SARIBAS: Fenomena pasang besar yang berlaku pada Isnin mengundang resah penduduk kampung Mangut, Spaoh apabila beberapa buah rumah penduduk dimasuki air sekitar 1.5 hingga 2.5 kaki menyebabkan perabot dan barangan mereka tenggelam dan dikhuatiri rosak.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Betong, Lt.M(PA) Desem Samuel memberitahu pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian tersebut oleh Pegawai Tadbir Daerah Spaoh, Lister Clement Guwie.
"Sepasukan empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia APM Betong dikerah kelokasi kejadian bagi melakukan pemantauan berhubung laporan diterima.
"Ketika pasukan kami tiba dilokasi mendapati air telah mula naik dan melimpah ke jalan raya utama kampung tersebut. Ini menyebabkan jalanraya tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan
"Dalam masa yang sama, keadaan air berterusan naik sehingga memasuki rumah penduduk menyebabkan mereka resah dan memerlukan pertolongan.
"Meskipun air telah surut, pihak APM Betong terus mengingatkan dan menasihati penduduk kampung agar berhati-hati ketika air pasang besar," katanya.
Turut terlibat dalam operasi bantuan tersebut ialah Pasukan Sukarelawan (RELA) Spaoh seramai lima orang ahli.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.