Terbakar atau dibakar?

DEBAK: Angkara khianat atau mungkin terdapat masalah pada kenderaan masih menjadi tanda tanya berhubung kebakaran kereta yang berlaku dekat sini awal pagi tadi.

Sebuah kereta yang sedang parkir musnah terbakar dalam kejadian di Pekan Debak dekat sini sekitar 1.37 pagi.
Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Betong yang menerima panggilan orang awam yang memaklumkan tentang kejadian tersebut.

Sepasukan enam anggota Bomba bergegas kelokasi yang dilaporkan diketuai PBK II Jusmandie Jamaie.

Pegawai Operasi BBP Betong, PBK1 Henry Jugah memberitahu sebuah kereta model Lexus RX350 kepunyaan Tang Siong Ung telah terbakar 100 peratus ketika Bomba tiba.

"Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran 100 kaki air dari pili bomba ke pam jentera bomba sehingga api dapat dipadam sepenuhnya.

"Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Agensi lain yang terlibat ialah PDRM dan pasukan Bomba Sukarela (PBS) yang masing-masing seramai empat anggota.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.