Kes positif COVID-19 di Sarawak melonjak lebih 400 kes
Gambar hiasan |
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan hari ini berkata, tiga daerah merekodkan jumlah melebihi tiga angka iaitu Kuching (132), Miri (111) dan Sibu (104).
Daerah lain yang turut merekodkan kes positif baharu adalah Bintulu 25 kes, Kapit (20), Samarahan (9), Limbang (9), Serian (8), Sarikei (4), Bau (3), Asajaya (2), Tanjung Manis (2), Betong (2), Bukit Mabong (2), Selangau (2) dan satu kes masing-masing di Lundu, Tebedu, Simunjan, Dalat, Beluru, dan Sebauh.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 257,112.
Mengulas lanjut, JPBNS memaklumkan kesemua kes baharu itu dalam kategori satu (tiada gejala) dan 2 (gejala ringan) termasuk tiga kes kategori tiga.
Selain itu, dua kluster masih aktif di negeri ini iaitu Kluster Kampung Semeba dan Kluster Jalan Kolej Cluster, kedua-dua di Kuching.
Dalam pada itu, tiada kematian direkodkan hari ini.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.