Guna MPV dan URB cegah jenayah di Bintulu
Unit peronda PDRM menjalankan rondaan sekitar Bintulu. Gambar kredit PDRM Bintulu |
PDRM Bintulu menerusi hantaran di Facebook berkata, kedua-dua elemen ini akan melakukan rondaan dengan lebih kerap di kawasan perumahan, komersial dan industri terutama pada waktu malam.
“Kehadiran MPV dan URB ini akan membantu pihak polis memantau, mencecah sekaligus mengurangkan kadar jenayah harta benda dari masa ke masa.”
“Langkah ini penting selaras dengan usaha kita untuk menjadikan Bintulu sebagai bandar perindustrian yang selamat, selesa dan aman untuk didiami,” katanya.
PDRM Bintulu menyeru agar masyarakat setempat untuk menjadi ‘mata dan telinga’ kepada pasukan keselamatan dalam menjaga keselamatan.
Sehubungan itu, polis menggesa masyarakat di sini bekerjasama dalam menyalurkan sebarang maklumat dan aktiviti jenayah untuk tindakan selanjutnya.