Kanak-kanak bawah 12 tahun dilarang masuk ke gerai Citrawarna

Program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 mengamalkan SOP ketat - Nancy Shukri

KUCHING— Hanya kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas selain individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 dibenarkan masuk ke gerai pameran Program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), Dato Sri Nancy Shukri berkata, prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat telah diwujudkan sepanjang pelaksanaan program yang sedang dijalankan di Tebingan Kuching bagi memastikan keselamatan orang ramai.

“Pengunjung juga dikehendaki mendaftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera di setiap gerai ketika mengunjungi gerai-gerai yang terlibat dalam program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 selama empat hari di sini," katanya.

“Selain itu, pihak penguatkuasaan turut mengawal kemasukan pengunjung di tiga pintu masuk selain menyediakan kit ujian kendiri kepada pengunjung,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke gerai pameran di Jalan Main Baazar di sini, hari ini.

Mengenai lawatan, Nancy berpuas hati dengan penguatkuasaan sepanjang program yang berjalan lancar mengikut SOP yang ditetapkan.

Katanya, malah orang ramai beratur untuk mendaftar masuk dengan menggunakan aplikasi MySejahtera di setiap gerai.

“Program yang menyasarkan untuk menarik seramai 50,000 pengunjung itu telah mendapat sambutan menggalakkan daripada orang awam apabila semua hotel di Kuching telah ditempah sepenuhnya.”

"Program Citrawarna ini bukan sahaja mempamerkan kepelbagaian budaya yang ada di Sarawak, tetapi bertujuan membantu pemain industri pelancongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Beliau menambah, pada masa sama program ini menampilkan peserta dari negeri Perak, Sabah dan Johor untuk mengambil bahagian dalampameran makanan sebagai usaha menonjolkan kekayaan kepelbagaian Malaysia di samping meningkatkan ekonomi tempatan.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.