Dr Mahathir sudah dapat beriadah

Dr Mahathir beriadah di sekitar Tasik Putrajaya pagi ini ditemani isterinya Tun Dr Siti Hasmah.

Gambar kredit FB Chedet


KUALA LUMPUR, -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hampir pulih sepenuhnya selepas dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada Sabtu lepas.

 

Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook hari ini, Dr Mahathir memaklumkan beliau kini sudah mampu melakukan pelbagai aktiviti harian dan berharap untuk pulih sepenuhnya.

 

“Adakalanya saya taklah berharap untuk pulih tetapi Alhamdulillah, dengan rawatan yang diberi di IJN, saya pulih. 

 

“Waktu ini saya boleh berjalan, makan, tidur, duduk. Saya hampir macam biasa, tapi tidak begitu kuat untuk buat kerja sebagainya. Tapi saya berharap saya boleh pulih,” katanya. 

 

Dr Mahathir turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan dirinya sehingga berjaya pulih daripada penyakit yang disifatkan beliau sebagai amat teruk.

 

Menerusi satu lagi hantaran di Facebook, Dr Mahathir turut berkongsi gambar beliau beriadah di sekitar Tasik Putrajaya pagi ini dengan ditemani isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

 

Sebelum ini, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN untuk menjalani prosedur perubatan elektif.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.