Pemuda berdepan hukuman mati

Padawan : Polis menahan seorang lelaki bersama dadah jenis syabu  dengan anggaran berat 135.43 gram semasa rondaan cegah jenayah di belakang kedai di Jalan Batu Kitang, Padawan hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek ditahan pada sekitar jam 10.30 pagi oleh sepasukan anggota  polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) IbuPejabat Polis Dareah (IPD) Padawan.

“Semasa rondaan cegah jenayah di belakang kedai, anggota URB telah menahan sebuah kenderaan persendirian jenis Viva yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.”

“Pemerikaan dilakukan dan menjumpai satu beg sandang berwarna hitam di belakang kerusi penumpang sebelah kiri.

Setelah diperiksa beg tersebut mengandungi  tiga plastik sederhana besar mengandungi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Turut dijumpai ialah wang tunai berjumlah RM500.

Suspek berusia 35 tahun ditahan di bawah  Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dibawa ke IPD Padawan untuk siasatan.

Suspek kemudian ditahan di lokap Balai Polis Siburan.

#Jenayah #Sarawak #PDRM

Next Post Previous Post