JPJ lancar Op Tahun Baru Cina

KUCHING, 25 Januari 2022 - Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak melalui Bahagian Penguatkuasa Negeri dan seluruh Cawangannya melaksanakan Operasi  Tahun Baru Cina mulai hari ini sehingga 8 Februari 2022 nanti.
Operasi Tahun Baru Cina ini memfokuskan keselamatan pengguna dan kenderaan yang digunakan serta memastikan semua pengguna jalan raya mengikuti peraturan lalulintas yang ditetapkan.
Dalam Pra Ops TBC yang bermula 20 Januari lalu, beberapa sekatan jalan raya, pemantauan Depo, Terminal Bas dan rondaan dilakukan oleh semua Cawangan di JPJ Negeri Sarawak. 
Pemantauan Ops seperti ini akan dilakukan setiap hari walaupun setelah selesai Ops TBC ini nanti bagi memastikan pengguna di jalan raya mematuhi peraturan jalan raya.


LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.