Rider Food Panda dibantu

KUALA LUMPUR: Kegigihan seorang ibu mencari rezeki sebagai penghantar makanan Foodpanda sambil mengendong anak kecil mendapat perhatian daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Azimah Abd Rahim, 37 tahun tidak mempunyai pilihan selain terpaksa membawa anak bongsu Zahirah, 5, bersama kerana dia merupakan kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) buta penglihatan sejak lahir selain hyperaktif.
MAWP memberitahu, sejak kisah wanita itu tular di media sosial, mereka telah cuba bertemu namun tidak berjaya.

"Setelah beberapa kali MAIWP gagal bertemu dengan Azimah, akhirnya malam tadi beliau berjaya diziarahi oleh kami."
"Sebagai permulaan, kami memberi bantuan sara hidup selain keperluan perubatan seperti susu dan lampin," kata MAIWP dalam hantaran di Facebook hari ini.

Perkara itu diberitahu MAIWP semasa menyantuni Azimah di kediamannya hari ini.

Zahirah juga akan dibantu secara bulanan dalam masa terdekat ini. 

"Jika terdapat sebarang keperluan berkenaan anak istimewanya itu, jangan bertangguh untuk mengadu kepada MAIWP untuk dibantu secepat mungkin," kata MAIWP.

Sementara itu Azimah berkata, beliau terpaksa mengendong anaknya ke hulu ke hilir kerana tiada siapa yang sanggup menjaganya.

Beliau berkata, semenjak kisahnya menjadi tular terdapat banyak pihak yang datang menghulurkan sumbangan. 

Terkini seorang Pendakwah Selebriti iaitu Ustaz Ebit Liew turut tidak terlepas untuk tampil membantu keluarga ini.

MAWP turut berterima kasih kepada pembayar zakat yang membolehkan golongan susah diberi bantuan sewajarnya.
Next Post Previous Post