Mesin pembakar kilang di SIP meletup

BINTULU -- Mesin pembakar sebuah kilang di Taman Perindustrian Samalaju (SIP) terbakar dan meletup dalam insiden yang berlaku pada jam 3.12 petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung insiden bagi menjalankan kerja-kerja mengawal serta memadam kebakaran. 

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati kebakaran yang membabitkan Sumes Heating kilang sudah berjaya dipadamkan oleh pihak kilang," jelasnya.

Tiada sebarang insiden yang mendatang kecederaan atau kemalangan jiwa dalam insiden kereta yang berlaku.
Pasukan bomb turut difahamkan bahawa kebakaran yang berlaku dapat dikawal sekitar jam 3.40 petang.

Ketika ini, pasukan bomba masih lagi di lokasi bagi menjalankan kerja-kerja pemeriksaan serta pemantauan.
Next Post Previous Post