Warga emas hilang di kawasan kebun, hanya barangan milik mangsa dijumpai
MARUDI -- Seorang warga emas wanita dikhuatiri hilang di kawasan kebun miliknya di kawasan Rumah Chabop Diau di Sungai Tarak Lubok Amam sejak pagi semalam.
Berikutan itu, ahli keluarga telah membuat laporan polis hari ini sebelum memulakan usaha pencarian dan menyelamat (SAR) pada hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, pada jam 4.05 petang, pasukan SAR di lokasi kejadian seterusnya memulakan usaha pencarian di hari pertama ini.
Ops SAR yang dijalankan BBP Marudi, PDRM dan dengan bantuan penduduk kampung ini telah mensasarkan kawasan pencarian di sekitar kawasan kebun mangsa.