Seorang maut, 3 alami kecederaan dalam kemalangan membabitkan SUV dan kereta di Jalan Sri Aman-Betong

SRI AMAN -- Seorang lelaki menemui maut manakala 3 lagi penumpang dalamnya mengalami kecederaan parah selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) model Fortuner yang dinaiki mereka berlanggar dengan kereta Perodua Myvi di Jalan Sri Aman-Betong petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, mangsa yang dikenali sebagai Jee Choon Vui berusia 47 tahun disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai KKM yang turut berada di lokasi.

"Tiga lagi penumpang dalamnya yang merupakan wanita berusia 45 tahun termasuk remaja lelaki dan perempuan berusia 12 dan 16 tahun dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan," jelas beliau.

Pemandu Perodua Myvi yang merupakan seorang wanita warga emas berusia 66 tahun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sampai di lokasi ujarnya, pasukan bomba bertindak mengeluarkan mayat mangsa yang masih tersepit dalam kenderaan dengan menggunakan "rescue tool," ujarnya.

3 lagi mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan dari kenderaan dengan bantuan orang awam.

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM)untuk tindakan selanjutnya," ujar beliau.

Pasukan bomba kemudiannya melakulan kerja-kerja pembersihan sisa-sisa kemalangan dan setelah mendapati keadaan didapati benar-benar selamat dan terkawal, operasi ditamatkan sebelum bertolak balik ke balai.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post