Lelaki terjatuh Sungai Lemanak semasa terjatuh memasang enjin perahu ditemui mati lemas

LUBOK ANTU -- Seorang lelaki yang dikhuatiri jatuh tergelincir semasa memasang enjin perahu ditemui mati lemas di Nanga Ngemah Ulu Sungai Lemanak awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, mangsa yang dikenali sebagai Desmond Lanchang Chan berusia 23 tahun ditemui orang awam terapung di sungai pada jam 4 pagi pada jarak 2 kilometer dari lokasi mangsa dikhuatiri terjatuh sebelum hilang dibawa arus deras sungai.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Dengan penemuan mayat mangsa di hari yang ke-2 SAR ini, usaha pencarian ditamatkan pada jam 10.35 pagi.

Pada malam Sabtu lalu, mangsa dikatakan memasang enjin pada perahu sebelum terjatuh ke dalam sungai lalu hanyut dibawa arus deras sungai.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post