Klinik Kesihatan Batu 10 Padawan dimasuk pencuri kali ketiga

KUCHING-- Klinik Kesihatan Batu 10 di Padawan dipecah masuk kali ketiga oleh pencuri dipercayai penagih dadah.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kitang Lo Khere Chiang, pencuri terbabit masuk melalui pintu belakang klinik tersebut.

"Ini merupakan kali ketiga pencuri memecah masuk mencuri di klinik ini menggunakan pintu belakang," katanya ketika mengadakan lawatan ke klinik itu hari ini.

Jelasnya, beliau percaya pencuri terbabit seorang penagih dadah kerana suspek pernah meninggal kesan barang terbakar (syabu) dan jarum suntikan di klinik tersebut.


Justeru, Lo meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan rondaan pencegahan jenayah di kawasan tersebut.

"Saya harap pihak polis dapat menambah anggota mereka untuk melakukan rondaan di kawasan ini bagi mencegah aktiviti jenayah di sini," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi mengesahkan kes curi di klinik tersebut.

Beliau berkata Pasukan Siasatan Jenayah (CID) dalam usaha mengesan suspek yang terlibat.

Difahamkan bangunan klinik tersebut milik Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Kota Padawan
Next Post Previous Post