Wanita dan anak perempuan 4 tahun maut, kereta rempuh bahagian belakang treler

BINTULU -- Seorang wanita dan anak perempuannya yang berusia 4 tahun maut selepas kereta model Toyota Vios yang dinaiki terlanggar bahagian belakang sebelah kanan sebuah treler semi platform yang diparkirkan di tepi Batu 16 Jalan Pan-Borneo Bintulu-Miri malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, kedua-dua anak beranak itu yang merupakan wanita berusia 23 tahun dan anak perempuannya berusia 4 tahun dilaporkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dari Unit Ambulans yang berada di lokasi.

"Dalam insiden pada yang berlaku pada jam 7.46 malam itu, empat lagi mangsa yang merupakan seorang pemandu dan  3 penumpang bahagian belakang dilaporkan mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital bagi diberikan rawatan selanjutnya," jelas beliau.

Dalam insiden yang berlaku, kereta yang dinaiki kesemua mangsa dikatakan dari perjalanan dari arah Bintulu menghala ke Miri sebelum merempuh treler semi platform terbabit.

Nixon berkata bahawa treler yang diparkirkan di situ tidak diletakkan tanda segitiga amaran, tambahan pula kawasan tersebut merupakan kawasan gelap tanpa lampu jalan.
Next Post Previous Post