Polis Sarawak buru suspek rompakan guna pistol di Bau

KUCHING-- Polis Sarawak kini giat memburu seorang lelaki yang dikenal pasti sebagai suspek kes rompakan bersenjata api yang berlaku di sebuah premis di Jalan Jambusan, Bau.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, lelaki tersebut yang disenarai dalam orang dikehendaki dikenali sebagai Houstin Bilong Usat, 36, berbangsa Kayan.

"Saya mengesahkan pada 5 Mei 2024 jam lebih kurang 10.06 malam, satu kes rompakan dengan menggunakan sepucuk senjata api dipercayai pistol telah berlaku sebuah premis di Jalan Jambusan, Bau, Sarawak. 

"Suspek telah berjaya melarikan selepas kejadian.

"Hasil siasatan mendapati saspek dalam kes ini telah dikenal pasti sebagai Houstin Bilong Usat berbangsa Kayan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak (IPK) di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mancha menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini untuk menyalurkan maklumat tersebut dan berhubung terus dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Bau, ASP Francis Boniface Barau di talian 012-7100711 atau Balai Polis Bau di talian: 082-763311.

Tambahnya, orang ramai juga dinasihatkan tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya terkesan suspek ini kerana dianggap bahaya dan tidak membuat dan menyebarkan sebarang spekulasi yang tidak benar berkaitan kes ini.
Next Post Previous Post