PGA rampas sebuah tongkang termasuk 2 buah lori dan 10 buah kontena mengandungi 22, 000 karton minuman keras keseluruhan bernilai RM11.3 juta dirampas

MUKAH -- Pasukan Gerakan Am (PGA) bertindak merampas sebuah tongkang termasuk 2 buah lori dan 10 buah kontena mengandungi 22, 000 karton minuman keras yang keseluruhan dianggarkan bernilai RM11.3 juta dalam tangkapan yang dijalankan ke atas sebuah dermaga di Jalan Feti Lama pada malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias dalam kenyataannya hari ini berkata, hasil maklumat serta risikan dijalankan, sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Briged Sarawak PGA telah menjalankan serbuan ke atas dermaga berkenaan pada jam 7.30 malam.

"Pemeriksaan yang dijalankan oleh pasukan PGA telah menjumpai pelbagai jenama minuman keras 22, 000 karton dalam 10 buah kontena yang disyaki tidak mempunyai cukai kastam," jelasnya.

PGA ujarnya bertindak merampas kesemua minuman keras dalam kontena terbabit.
Turut disita ujarnya sebuah kapal tongkang, dua buahiro treler termasuk kontena sebagai bahan bukti kes.

Turut ditahan di lokasi jelas Muhamad 3 lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warganegara asing berumur 43 hingga 59 tahun kerana gagal mengemukakan dokumen sah daripada kastam.

Kesemua barangan rampasan serta tangkapan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah dan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah untuk siasatan lanjut.

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
Next Post Previous Post