Lelaki terkejut jumpa jarum dalam telur disyaki cuba bunuh anjing miliknya

KUCHING-- Letak jarum dalam telur, itulah taktik digunakan individu yang tidak dikenali yang cuba membunuh seekor anjing milik seorang lelaki di sini sebelum kembali semula dipercayai untuk mencuri.

Pemilik anjing yang dikenali sebagai Jackson Boon menerusi akaun facebook nya bekata beliau terkejut apabila menemukan telur yang diletakkan di hadapan rumahnya mengandungi jarum.

"Bangun pagi jumpa kisah mengejutkan.(Rumah saya terletak di) Batu 4 1/2, Jalan Kong Ping ada orang yang buruk hati ingin mencuba bunuh anjing dalam rumah saya.

"Dia masukkan banyak jarum halus dalam telur masak dan cuba lontar masuk ke kawasan rumah.

"Disebabkan sasaran lontaran kurang tepat maka tinggalkan bukti yang banyak di lantai," katanya.

Justeru, beliau berharap penghuni di kawasan perumahan tersebut mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak haiwan peliharaan menjadi mangsa.

"Harap semua penghuni berhati-hati, (kerana dipercayai) selepas mereka bunuh anjing mereka ini mungkin akan masuk pecah rumah dan mencuri," ujarnya.



Pemilik melihat orang asing cuba memanjat rumahnya melalui lorong belakang dua minggu lalu dan anjing menyalaknya menakutkan pencuri itu.

Beliau turut mengesyaki individu terbabit akan kembali pada sebelah malam untuk membaling telur yang mengandungi jarum untuk membunuh anjingnya sebelum melakukan jenayah. 
 
Ahli keluarganya yang membersihkan kandang anjing itu melihat telur itu pagi tadi.  

Katanya, salah seekor daripada anjingnya tidak dapat makan dengan baik dan kini dalam pemantauannya.  

Difahamkan pemilik terbabit telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Next Post Previous Post