Kanak-kanak lelaki 3 tahun tahan azab selama 1 jam, jari telunjuk kanan tersepit tombol pintu rumah

MIRI -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun mengalami kecederaan serta menahan azab selama 30 minit selepas jari telunjuk tangan kanannya tersepit pada tombol pintu rumah keluarganya di Jalan Dato Permaisuri di sini, pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong Henry Jugah, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong bergegas ke lokask sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 10.55 pagi bagi menjalankan khidmat khas mengeluarkan jari mangsa dari tombol pintu terbabit.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati jari telunjuk mangsa masih melekat pada tombol pintu rumah yang mana jari mangsa mengalami kecederaan dan pendarahan," jelasnya.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan jari mangsa dengan alat pemotong khas sebelum ianya dapat dikeluarkan pada jam 12 tengah hari.

Katanya, memandangkan tangan mangsa mengalami pendarahan, pasukan bomba bertindak menghantar mangsa ke Klinik Kesihatan Tudan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Gambar BBP Lutong
Next Post Previous Post