Dua penyewa tingkat dua premis di Jalan Bukit Taman Jelita nekad terjun dari tingkat dua premis bagi menyelamatkan diri dari mati terbakar

MIRI -- Dua lelaki yang merupakan penyewa di tingkat dua di sebuah premis di Jalan Bukit Taman Jelita di sini nekad terjun dari tingkat dua selepas premis yang didiami mereka musnah dalam kebakaran malam tadi.

Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB ) Bonny Martin berkata, dua mangsa yang merupakan warga tempatan berusia 15 dan 27 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian belakang pinggang dan kaki.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri dengan bantuan BBP Lopeng bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 9.29 malam bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat dan memadam kebakaran," ujarnya.

Menurutnya, sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kebakaran yang melibatkan bangunan kedai 3 tingkat jenis kekal berkeluasan yang dijadikan bilik sewa. 

Kebakaran jelasnya berlaku pada tingkat 2 dengan kemusnahan 100 peratus manakala tingkat 3 hanya mengalami sekitar 10 peratus.

"Pasukan bomba kemudiannya bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan teknik pemadaman menggunakan secara offensive dan dfensive bagi mengawal dan memadam kebakaran," ujarnya

Setelah hampir satu jam bertungkus-lumus memadam kebakaran yang berlaku, api akhirnya berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 10.17 malam," jelas beliau.

Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan kemudiannya dihantar ke Hospital Miri menggunakan unit EMRS untuk rawatan lanjut.

Gambar BBP Miri Sentral
Next Post Previous Post