Dadah: Empat termasuk seorang wanita ditangkap

KOTA SAMARAHAN-- Empat individu termasuk seorang wanita ditangkap disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di di kawasan lapang Taman Samarindah di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Jaimi Husin berkata, keempat suspek berusia diantara 20 hingga 23 tahun ditangkap sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah Kota Samarahan.

"Suspek-suspek ini ditangkap semasa pasukan menjalankan operasi tapis di kawasan lapang Taman Samarindah Kota Samarahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah," katanya dalam hari ini.

Tambahnya, semasa pemeriksaan tubuh badan dilakukan, salah seorang suspek lelaki memiliki satu paket plastik berwarna merah yang mengandungi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dianggarkan berat kasar 0.70 gram.

Berikutan itu, tegasnya, kesemua suspek dibawa ke Pejabat BSJN IPD Kota Samarahan untuk tindakan selanjutnya. 

"Ujian air kencing telah dijalankan ke atas suspek dan didapati dua lelaki dan seorang wanita didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamnie.

"Manakala seorang lelaki dapati negatif dadah," ujarnya.

Menurutnya lagi, salah seorang suspek lelaki yang memiliki dadah berbahaya jenis syabu telah ditangkap untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

"Permohonan reman telah dipohon oleh pegawai Penyiasat untuk memohon tahanan reman keatas suspek. 

"Manakala seorang suspek lelaki dan seorang wanita ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952," tegasnya.

Justeru, pihak polis dari BSJN IPD Kota Samarahan bergiat aktif melakukan penugasan operasi tapis di kawasan pentadbiran Kota Samarahan bagi membendung gejala aktiviti penyalahgunaan dadah.
Next Post Previous Post