Curi kabel, polis buru tiga individu

SRI AMAN-- Polis kini giat memburu tiga individu dikehendaki untuk membantu siasatan berkenaan satu kes curi kabel di Menara Telekomunikasi Sacofa Nanga Klassen, di sini.

Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Mathew Manggie berkata, tiga individu yang diletak dalam senarai individu dikehendaki itu dikenali sebagai Jackson Joe Raweng, 28, Doman Yek, 31, dan Goyak Empam, 32.

"Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman sedang mengesan tiga individu di atas yang dikehendaki untuk membantu siasatan berkenaan satu kes curi kabel di Menara Telekomunikasi Sacofa Nanga Klassen, Sri Aman yang mana kes dilaporkan pada 18 Mei 2024," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegasnya, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

"Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman jika disabitkan kesalahan penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua- duanya sekali," katanya lagi.

Justeru, beliau memberitahu pihak polis sedang giat meneruskan usaha untuk menjejaki dan menangkap suspek. 

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedudukan terkini suspek diminta untuk segera melaporkan kepada Balai Polis Polis Sri Aman di talian 083- 322121 atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Sarjan Mohamad Alias Mohdar di talian 012-8935575 atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran," ujarnya.
Next Post Previous Post