3 maut dalam kemalangan di kawasan Batu 72 Suai Jalan Pan-Borneo Miri-Bintulu, 4WD dinaiki terbabas lalu terjatuh ke dalam longkang tepi jalan

MIRI -- 3 maut manakala empat lagi termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun mengalami kecederaan selepas pacuan empat roda (4WD) yang dinaiki mereka terbabas lalu terjatuh ke dalam longkang tepi jalan di kawasan Batu 72 Jalan Pan-Borneo Miri-Bintulu petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah Rary Binjie mengesahkan, tiga mangsa yang disahkan terkorban dalam insiden terbabit dikenali sebagai Evelyn Shely Manyie berusia 26 tahun, Eddy Indau (26) dan Jengging Tisok (39).

Empat lagi mangsa ujarnya dilaporkan mengalami kecederaan dalam insiden berkenaan termasuk kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun.

"Dua lagi mangsa sebelum itu bagaimanapun berjaya dikeluarkan dari kenderaan dengan bantuan orang awam sebelum ketibaanpasukanbomba," jelasnya.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari BBP Batu Niah bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada jam 6.55 petang.

Ketiga-tiga mangsa yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kemudiannya diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.

Empat mangsa yang mengalami kecederaan turut dihantar ke hospital bagi diberikan rawatan susulan.
Next Post Previous Post