Van Persiaran Terbabas, Seorang Mangsa Cedera

KUCHING-- Seorang cedera selepas van persiaran terbabas berhampiran Kolej Abdillah di sini, pagi tadi.

Komander Operasi, PBK II Mohamad Nizam Bin Bujang berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 10.02 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya ke lokasi kejadian.

"Kemalangan melibatkan sebuah van persiaran mengalami kemalangan kendiri terbabas ke bahu jalan. 

"Terdapat seorang mangsa tersepit masih berada di bahagian tempat duduk pemandu," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Katanya, pihak Bomba bertindak membuat size up dan mengeluarkan seorang mangsa daripada kenderaan tersebut dengan membuka pintu bahagian tempat duduk penumpang hadapan. 

"Seorang mangsa lelaki berusia 48 tahun mengalami kecederaan ringan dan mengadu sakit di bahagian bahu diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan selanjutnya.
Next Post Previous Post