Tiga pekerja buruh diberkas miliki syabu di Mukah

MUKAH -- Tiga lelaki bekerja sebagai buruh diberkas kerana memiliki dadah syabu seberat 0.37 gram selepas pihak polis menahan sebuah kerata Perodua Viva di Jalan Mukah- Selangau di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, ketiga-tiga supek berusia 20 hingga 30 tahun itu ditahan berdasarkan maklumat dan risikan pada jam 12.30 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan dalam kenderaan telah menjumpai satu paket kecil lutsinar dan satu keratan tiub straw lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine atau syabu seberat 0.37 gram. Dadah tersebut telah dirampas sebagai bukti,” katanya dalamkenyataan hari ini.

Katanya, kesemua suspek telah dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut, ujian urin mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis metamphetamine dan amphétamine.

“Ketiga-tiga suspek direman selama empati hari mulai hari ini hingga 24 April ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952,” tegasnya.
Next Post Previous Post