Seorang tercampak, seorang tersepit dalam kemalangan membabitkan 4WD dan lori di Kampung Bakol Limbang

LIMBANG -- Seorang tercampak manakala seorang lagi tersepit dalam kenderaan yang membabitkan sebuah kereta dan 4WD di kawasan Kampung Bakol di sini petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, sepasukan anggota dari BBP Limbang bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 2.57 petang.

"Tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan yang melibatkan sebuah 4WD yang mana seorang mangsa telah tercampak keluar dari kenderaan manakala seorang lagi mangsa masih tersepit di bahagian tempat duduk pemandu," ujarnya.
Kedua-dua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Setakat ini, operasi menyelamat sedang giat dijalankan yang mana PKO Limbang sedang berusaha mengeluarkan mangsa dari kenderaan.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post