Mancha Tinjau Keadaan Lalu Lintas Di Kota Samarahan, Buka Puasa Bersama Anggota
KOTA SAMARAHAN--Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata bersama Timbalannya, Datuk Ibrahim Darus turun padang meninjau dan memantau sendiri keadaan lalu lintas di Jalan Kota Samarahan Expressway bersebelahan La Promenade di sini, petang semalam.
Tinjauan dan pemantauan bersama petugas Sekatan Jalan Raya (SJR) bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan.
Beliau turut meluangkan masa berbuka puasa di lapangan bersama pegawai dan anggota yang bertugas.
Ia merupakan lawatan kerja beliau Sempena Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Frontliners.
Dalam lawatan kerja tersebut Mancha turut menyampaikan sumbangsih raya kepada petugas-petugas SJR.
Turut hadir Ketua Cawangan Khas Sarawak, SAC Mohd Taufik Toh Abdullah,
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Wong Ing Fung, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sarawak, SAC Lukas anak Aket, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintandan Bingkok John, Superintandan Pentadbiran IPK Sarawak, Superintandan Sudirman Kram dan Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, DSP Jaimi Husin.