Lelaki tahan azab hampir 1 jam, kaki kiri tersangkut dan terperosok pada jeriji longkang

MIRI -- Seorang lelaki terpaksa menahan azab hampir jam selepas kaki kirinya tersangkut lalu terperosok ke dalam jeriji longkang dalam insiden yang berlaku di Lorong Perkasa 7B/1 Senadin tengah malam tadi.

Jurucakap Pasukan Charlie BBP Lutong dalam kenyataannya hari ini berkata, sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada jam 12.29 tengah malam bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati terdapat seorang lelaki yang kaki kirinya tersepit dan terperosok ke dalam jeriji longkang," jelasnya.

Setelah membuat "size up", pasukan bomba menjalankan operasi dengan memotong jeriji tersebut dengan menggunakan circular disksaw sehingga operasi selesai.

Selepas hampir satu jam, kaki mangsa yang tereangkut akhirnya berjaya dikeluarkan pada jam 12.50 tengah malam.

Pasukan bomba jelasnya menasihati ahli keluarga supaya menghantar mangsa ke hospital bagi membuat pemeriksaan lanjut.
Setelah keadaan didapati benar-benar selamat, pasukan bomba bertolak balik ke balai.

Gambar BBP Lutong
Next Post Previous Post