Lelaki hina Premier Sarawak ditangkap

KUCHING-- Seorang lelaki ditangkap disyaki terlibat kes hina Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, suspek berusia 46 tahun ditangkap bersabit kes ini bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan lain-lain," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya kertas siasatan akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut.

Mengulas lanjut, Mancha berkata, setakat ini tujuh laporan polis telah diterima berhubung satu hantaran yang dimuat naik dalam media sosial 
yang berunsur ugutan serta penghinaan ke atas Premier Sarawak, Timbalan Premier dan Menteri Kerja Raya.

"Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan tidak menyebarkan maklumat palsu yang boleh mengganggu ketenteraman awam," tegasnya.
Next Post Previous Post