Lelaki hilang bot bertembung di perairan Sandakan

SANDAKAN— Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas bot dinaiki bertembung dengan sebuah lagi bot di perairan Pulau Tanjung Batu, di sini pada Isnin.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Shamri Sipin berkata, mangsa dikenali sebagai Simran Asarap, 23.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 12.44 tengah malam berlaku kemalangan bot bertembung di Pulau Tanjung Batu dan dilaporkan seorang mangsa terjatuh masih hilang.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan pada jam 7.30 pagi tadi oleh empat anggota dari Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan menggunakan sebuah bot.

“Namun setakat ini mangsa belum ditemukan. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, operasi turut dibantu agensi penyelamat lain iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Next Post Previous Post