"Kita doakan yang terbaik buat bapa, seburuk-buruk mana sekalipun, dia tetap bapa." - Pemuda kongsi kisah diabaikan bapa kandung

KUCHING-- Perkongsian seorang pemuda yang berasal dari Sibu tentang bapanya yang culas dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga mendapat perhatian ramai.

Malah, ramai netizen turut berkongsi pengalaman hidup yang sama seperti dirasai pemuda tersebut dalam ruangan komen pada hantaran pemuda itu.

Berkongsi detik sedih itu, pemuda yang menggunakan nama Amirul di akaun Facebooknya berkongsi kisah hidupnya yang membesar tanpa kasih sayang seorang bapa meskipun bapanya masih lagi hidup hingga kini.

Jelasnya, bapanya tidak mengambil berat tentang dirinya dan dua lagi adik perempuannya.

"Kamu ingat senang membesar tanpa kasih sayang daripada seorang bapa?

"Bapa orang lain, dekat hari Raya, sibuk buat persiapan untuk raya, sibuk beli-belah barangan keperluan untuk anak-anak beraya. Tetapi, bapa saya pergi mana?

"Bapa saya ada, alhamdulillah masih sihat. Cuma dia tak ambil kisah pasal anaknya yang merupakan anak kandungnya sendiri. Sebab apa? Sebabnya lebih pentingkan org lain. 

"Anak org yang bukan darah dagingnya diberi belanja. Anaknya yang tiga orang ini ada atau tidak diberi belanja (nafkah)?

"Bila dia terserempak dengan anak kandung dia lari. Jauh sekali nak bertegur sapa, nak bertanya khabar apa semua," luahnya.

Disebabkan sikap culas bapanya itu, Amirul dan adik-beradiknya terpaksa hidup berdikari.

"Kami tiga beradik hidup seperti bila kamu nak kamu kena usaha sendiri untuk dapatkan, bila tidak usaha tiada siapa yang akan membantu terutama bila kesusahan," tambahnya.

Katanya, Meskipun bapanya belum sedar dan masih mahu hidup berfoya-foya, dia dan adik-beradik mendoakan yang terbaik untuk bapa mereka.

"Kita doa yang baik-baik untuknya. Kalau dia tidak beri nafkah kita cari sendiri. Mak pun pernah pesan 'Seburuk-buruk seperti itu dia tetap bapa kamu'," kongsinya.

Begitulah perkongsiannya tentang kehidupannya dalam keluarga yang melalui fasa penceraian.

Kisah itu, mendapat perhatian netizen dan mendedahkan ia juga berlaku dalam kehidupan mereka.


Antara komen netizen: 

"Kisah ktk tok sama mcm kisah ank2 kmek.. sidak 3 beradik, 2 abg n bongsu ompuan... Bapak sidak agik hidup, bekerja bagus..tp ank mpun dibuang...nginang ank org yg bukan darah daging.. ank2 kandung struggle mok hidup, mok belajar.. cuma pesan kmek as ummi sidak, ingat apa yg org polah ngan kita.. Sikda istilah ank derhaka mun dah keterlaluan mcm ya.

"Moga ktk kuat dik. sama dgn situasi anak kmk. cuma ny gk kecik jk, lom tauk pa2. plg ke kmk yg sedeh ngga anak mek, sik penah beraya dgn seorg yg nama bpk. tumpang kaseh syg atoknya, pak ngahnya, pakdaknya n paksunya jk..

"Feel u too bro. The worst is ada bapak mcm sikda bapak. Org luar sik paham apa yg kta lalui.. terus judge jaie ney pn , nya tetap bapak ktak. Kmk forgive tp not forget. Sikpaa nyaa. Selamt hari raya!

"Di posisi yg sama. Cuma bapak kmk ng dh sikda gik. Ny nggal umur kmk gk nemiak. 5 thn. Adik kmk ng xjumpa terus dgn nya. Ny nggal bulan 3 adik mek lahir bln 4 tahun yg sama. Apa di maok mek 3 bradik semua usaha kedirik. Sikda se sen pun ngarap org lua. Bila kehidupan dah senang sikit kemain orang sekeliling nk mempergunakan kita seolah2 kita tok sikda prasaan di polah cmya 😌

"Sm apa yg kt hadapi..Ayat yg slalu d dgr dolok ‘ gney2 nya ttp bpak kau’ tp org cm tauk brkata2 jk tp x tauk apa yg sis hadap..so skarang tok dh xda gk dgr ayat ya dr org..ckp lh sis jwp ‘ktkorg x d tmpat aku’ 😊

"Sama kisah kita. Kmk org 5 beradik dipolah bapak gia. Tp apa2 pun ya bapak and nya manusia juak. Semua ada hikmah bro. Semoga semua dipermudahkan. Amin.

Kisah pemuda ini dikongsi lebih 1,037 kali, 1,025 like dan 170 komen.
Next Post Previous Post