Dua peragut putih mata cubaan meragut wanita di Taman Desa Wira gagal

KUCHING-- Dua peragut berputih mata selepas cubaannya meragut seorang wanita di Taman Desa Wira, Batu Kawa digagalkan orang awam.

Mangsa berusia 58 tahun sebelum itu dikatakan berjalan kaki seorang diri di jalan Lorong 11 Taman Desa Wira sekitar jam 7.54 pagi.

Secara tiba-tiba mangsa didatangi dua lelaki yang menggunakan motosikal berwarna merah cuba meragut beg tangan mangsa.

Bagaimanapun, kejadian itu dilihat orang awam yang melalui jalan tersebut lalu bertindak menghalang dan menahan kedua-dua suspek.

Susulan kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan polis.

Kes masih dalam siasatan.
Next Post Previous Post