Dua beradik mendiang Joanna syukur jasad kakak mereka dibawa pulang dan disemadi di Sarawak

SERIAN-- Dua adik mendiang LK I JJM Joanna Felicia Rohna melahirkan rasa syukur mendapat perkhabaran bahawa jasad kakak mereka dibawa pulang ke Sarawak hari ini untuk disemadikan di Serian esok. 

Honey Vivianne Francis, 16, dan Diyanne Yanz Love, 14, ketika ditemui Borneo Network berkata, tiada kata yang dapat menggambarkan kesyukuran mereka setelah mendapat tahu jasad kakaknya dibenarkan dibawa pulang ke sini.

"Kami rasa bersyukur dan gembira kerana jasad kakak dapat dibawa pulang ke Sarawak untuk dikebumikan di sini.

"Ini membolehkan kami melihat wajah kakak untuk kali terakhir sebelum disemadikan esok," katanya.

Mereka hanya mengetahui berita tentang keputusan membawa pulang jasad mendiang Joanna beberapa jam lalu.

"Sebaik sahaja mendengar makluman ini, kami sangat bersyukur," tambahnya.

LK I JJM Joanna Felicia Rohna berasal dari Sarawak salah seorang perajut wanita yang terkorban dalam nahas dua helikopter berlanggar di ruang udara dan terjatuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.

Dalam kejadian itu seramai tiga orang perajurit wanita menaiki salah sebuah helikopter yang terhempas iaitu HOM (M503-3) yang membawa tujuh orang kru.

Sebuah lagi helikopter iaitu Eurocopter AS555SN Fennec (M502-6) membawa tiga orang kru menjadikan jumlah keseluruhan korban seramai 10 orang.

Terdahulu Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut dalam kenyataannya berkata, poses bedah siasat ke atas 10 mangsa insiden helikopter terhempas yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) telah selesai pada jam 2.20 petang ini.

Jelas kenyataan itu, jenazah mangsa beragama Islam akan dibawa ke Kem Batalion Ke-23 Rejimen AskarMelayu Diraja, Ipoh untuk solat jenazah.

"Jenazah Mendiang Leftenan Sivasutan a/l ThanjappanTLDM pula dibawa pulang ke kediaman keluarga di Sitiawan, Perak sebelum disemadikan padaesok, 25 April.

"Jenazah Mendiang Laskar Kanan JJM Joanna Felicia akRohna akan dibawa pulang ke Serian, Sarawak untuk disemadikan menggunakan pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)," katanya kenyataan itu.

Katanya, pihak pengurusan tertinggi TLDM yang dilantik telah menghubungi waris mangsa melalui unit masing-masing tentang kejadian ini.

"TLDM akan terus memberi sokongan dari segibantuan pengurusan jenazah dan sebarang keperluan daripada pihak waris sebaik mungkin.

"Penghormatan terakhir buat semua wira TLDM yang terkorban akan dilaksanakan mengikut tradisi tentera laut di setiap lokasi pengebumian yang dipersetujui waris," jelasnya.
Next Post Previous Post