Dua Beradik Maut, Kemalangan Lori Simen Dan Kereta di Sri Aman

SRI AMAN -- Dua maut dalam kemalangan membabitkan lori simen dan kereta di Jalan Stirau, Jalan Stumbin di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang maut ialah Joll Mohamad, 56, pemandu kereta Proton Exora seorang lelaki dan Latifah Mohamad,62, seorang wanita manakala seorang lagi mangsa juga seorang wanita cedera.

Pemandu lori simen seorang lelaki berusia 43 tahun hanya cedera ringan dalam kejadian itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 1.27 tengah hari dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman ke lokasi kejadian.

"Setibanya keluaran operasi di lokasi kejadian didapati terdapat sebuah lori simen dan sebuah Proton emEzora terlibat dalam kemalangan.

"Setelah membuat size up pasukan operasi dimaklumkan oleh pihak polis bahawa seorang mangsa perempuan telah dibawa ke hospital Sri Aman oleh pihak APM sebelum ketibaan pihak bomba," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu dan seorang lagi berada di tempat duduk penumpang belakang kenderaan Proton Ezora.

"Setelah selesai operasi mengeluarkan mangsa, mangsa di serahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya 

"Seorang lagi mangsa pemandu lori simen hanya tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan berjaya di keluarkan dengan selamat atas bantuan dari jentolak yang menarik lori simen tersebut di dalam parit," ujarnya.
Next Post Previous Post