TYT, Premier Sarawak Hadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Sarawak

KUALA LUMPUR-- Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak Sarawak di Kuala Lumpur Convention Centre di sini, hari ini.

Majlis anjuran Yayasan Sarawak itu disertai seramai 1,230 jemputan membabitkan pelajar-pelajar Sarawak yang menuntut di Semenanjung Malaysia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Turut hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Pada majlis itu, 50 orang pelajar telah menerima sumbangan dan duit raya
secara simbolik dari Yang di-Pertua Negeri Sarawak serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Keseluruhan penerima sumbangan terdiri daripada 324 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar Kolej Genius @ Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Institut Pengajian Tinggi serta anak-anak kakitangan Yayasan Sarawak Kuala Lumpur dan Rumah Sarawak.

Tetamu kehormat kemudiannya mengakhiri majlis berbuka puasa itu dengan menunaikan solat Isya dan solat sunat tarawih di dewan bangunan tersebut.

Solat dipimpin Imam Besar Negeri Sarawak Sahibul Fadilah Dato Mustapha Kamal.
Next Post Previous Post