Seorang terselamat, 4 masih hilang dalam insiden bot karam di Batang Baleh

KAPIT -- Seorang lelaki terselamat manakala 4 lagi mangsa masih hilang dalam insiden bot karam berhampiran kawasan SK Lepong di Batang Baleh petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kapit Timothy Barat berkata, sepasukan anggota bomba dari BBP Kapit dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada jam 5.24 petang.

"4 orang mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Iskandar Ibrahim, Jonthan Lambet, Amerson John Nain dan Jack Balan manakala seorang lagi mangsa yang berjaya diselamatkan oleh orang awam dikenali sebagai Moses Ngui berusia 47 tahun," ujarnya.
Katanyq, hasil maklumat awal yang diterima mengatakan semasa kejadian, saksi melihat not fibre 30HP itu karam sekitar ham 5 petang.

Menurut Timothy, selepas menjalankan "size-up" sekitar lokasi dan mendapatkan maklumat kejadian daripada mangsa yang terselamat dan orang awam yang melihat kejadian tersebut.
Pasukan bomba kemudiannya bertindak menjalankan usaha pencarian secara permukaan dalam radius 1 km dari lokasi mangsa terakhir dilihat dengan menaiki bot syarikat Musyati.

"Oleh kerana faktor keselamatan dan arus deras sungai ditambah keadaan beransur gelap maka operasi SAR hari pertama ini ditangguhkan pada jam 6.50 petang dan akan disambung pada awal pagi esok.

Gambar BBP Kapit
Next Post Previous Post