Pemuda dekat SK Mendas didatangi dua lelaki tak dikenali hantar tong racun, minta RM400

BETONG-- Seorang pemuda yang tinggal berdekatan Sekolah Kebangsaan Mendas, Jalan Saratok-Sri Aman didatangi dua lelaki yang tidak dikenali, berpura-pura menghantar pesanan dua tong racun.

Menurut sumber, pelajar berusia 19 tahun itu didatangi dua lelaki terbabit sekitar jam 12 tengah hari tadi di kediamannya.

"Dua lelaki yang tidak dikenali menggunakan kenderaan jenis Produa Axia berwarna putih, cermin tinted gelap dan menyatakan ibunya ada memesan dan membeli dua tong racun lalu meminta wang kepadanya sebanyak RM400," katanya.

Tambah sumber, pelajar itu memberitahu kepada dua lelaki terbabit yang ibunya tidak ada meninggalkan wang untuk pembelian tersebut. 

"Kemudaian mereka meminta pelajar tersebut membayar RM200 dahulu tetapi dia tidak mempunyai jumlah wang tersebut. 

"Dia merasa curiga dan kemudian menghubungi ibunya yang mana ibunya menafikan pembelian tersebut," jelasnya.

Berikutan itu, kedua-dua lelaki tersebut beredar

Susulan kejadian itu, pelajar tersebut tampil ke Balai Polis Debak untuk membuat laporan.
Next Post Previous Post