Lelaki dikhuatiri lemas dibawa arus deras selepas bot dinaiki terbalik di Sungai Niah

MIRI -- Seorang lelaki dalam berusia 40 tahun dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaikinya terbalik berhampiran Taman Negara Niah di Sungai Niah tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, sepasukan anggota dari BBP Batu Niah bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 12.03 tengah hari.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya insiden bot terbalik di perairan sungai di taman negara berkenaan," ujarnya.

Hasil maklumat yang diterima dari pihak taman negara mendapati semasa kejadian terdapat 2 orang saksi iaitu penduduk kampung berdekatan telah melihat mangsa telah terjatuh dari bot yang dalam keadaan terbalik. 

"Hasil maklumat awal dari saksi mendapati mangsa dilihat terkapai-kapai meminta pertolongan sebelum tenggelam," jelas beliau.
Borneo Network turut difahamkan bahawa mangsa dikatakan berpakaian baju biru lengan pendek. 

Menurutnya, pada usaha SAR hari pertama ini, usaha pencarian diteruskan dengan pencarian secara permukaan iaitu dari Jeti Sepupok hingga ke Jeti Niah National Park dengan menggunakan kaedah ‘grippling iron’ dalam radius 1 kilometer.

Sebarang perkembangan usaha pencarian akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post