Lelaki Cemas Kereta Jatuh Parit

KOTA SAMARAHAN--Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas kereta dipandu terhumban ke dalam parit menyebabkannya terperangkap dalam kejadian di Kampung Entingan di sini, petang tadi.

Bagaiamanapun, lelaki berusia 65 tahun itu berjaya keluar dari kenderaan tanpa sebarang kecederaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 6.01 petang dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Kota Samarahan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian didapati mangsa terperangkap dalam kereta yang terjatuh dalam parit di simpang masuk rumahnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa berjaya keluar dari keretanya dengan selamat.
Next Post Previous Post